STRESS Beb kalau aircond tak sejuk kan?
Sesiapa pun akan stress..bengang..panik..PANAS dah tentulah kan kalau on jek aircond, angin jek keluar..tak sejuk pun ..
Pertama jangan gelabah..tarik nafas dalam dalam..pergi on kipas dulu..kurang lah sikit panas disebabkan aircond tak sejuk tu..π€£
Aircon tak sejuk memang biasa komplen yang kami terima ..Biasalah mana ada barang yang boleh berfungsi sentiasa tanpa ada sebabarang masalah kan? lagi lagi barang elektrik..akan sampai 1 masa barangan elektrik ni akan beri masalah..tapi bukan lah bermaksud perlu dibuang dan diganti baru.
Baiklah apa sebab aircond ni tak sejuk?Kenapa keluar angin jek?? Kenapa langsung tak hidup?Kenapa kejap on lepastu off tiba tiba??
Dibawah adalah antara sebab biasa aircond tak sejuk
1.Compressor cut OFF
Aircond sistem terdiri dari beberapa komponen utama iaitu penyejat,pemeluwap,pemeteran dan akhir sekali pemampat atau lebih dikenali sebagai compressor.Untuk memastikan compressor ni terpelihara dari rosak,ada sistem yang akan OFF compressor dari terus bekerja.Kebiasaanya disebabkan oleh compressor high amp (ampere terlalu tinggi)..Nilai ampere untuk aircon 1HP sekitar 3.0ampere hingga 4.0ampere..Jika compressor bekerja dengan ampere terlalu tinggi,jangka hayat compressor akan menurun seterusnya rosak dan perlu diganti baru.ada kes aircond 1HP bekerja sehingga 19ampere tapi tak lama lepastu sistem cutoff.Bila dah cut off gas penyejuk tidak dapat dikitar menerusi sistem aircond lantas aircond pun tak dapat menyejukkan udara yg dikitar didalam sesebuah tempat atau bilik.
2.Coil sensor rosak
Kebiasaanya sensor coil ni akan berada di indoor unit berdekatan coil berbentuk U (di bahagian tepi).Tugas sensor ni adalah mengesan kesejukan gas penyejuk yang melalui coil dan menghantar isyarat kepada unit elektronik.Apabila sensor ni rosak isyarat yang tepat tidak dapat dihantar ke unit elektronik dan menyebabkan compressor berheneti bekerja pada masa suhu yang dikehendaki masih belum dicapai.
3.Gas penyejuk kurang.
Ini adalah ILMU paling ramai pengguna tahu bila aircond tak sejuk.Bila panggilan dibuat kepada kami soalanya ialah "berapa harga topup gas?'.Perkara pokok yang perlu diketahui ialah sistem aircond ni adalah jenis litar tertutup.Gas akan bergerak menerusi paip mengelilingi sistem dari kompressor ke penyejat ke pemeteran ke pemeluwap dan kitaran ini akan berulang ulang untuk menyerap haba dalam udara dari dalam bilik dan dibebaskan ke luar bilik (outdoor unit).Jika gas kurang atau hilang,ada kemungkinan sistem aircon anda berlaku kebocoran samada kecil atau besar.Gas aircond tak sperti bateri jam dinding perlu di ganti atau topup sentiasa..π
4.Compressor tak RUNNING
Aik? adalagi sebab pemampat nih? ..ye tuan puan abang adik kakak..Compressor ni adalah jantung yang akan memampat dan menyebabkan gas penyejuk bergerak mengelilingi sistem aircond anda.Jika tak bergerak pasti aircond tak sejuk dan masalah ni boleh disebabkan oleh beberpa komponen yang berkaitan antara nya π
- capacitor rosak,capacitor ni adalah salah satu komponen yang berkaitan untuk START compressor.Apabila capacitor ni rosak compressor tak dapat START dan mula bekerja.
- karen atau elektrik tidak sampai ke compressor,kalau dah xdo karen camno nk bekerja cik abang comporessor tu kan? nampak macam simple tapi ni hakikat bukan ujian π€£yang akan menyebabkan compressor tak jalan.
5.Kipas outdoor unit SLOW
Lah camna pulak kipas boleh jadik sebab aircond tak sejuk?.Ok apabila kipas slow,haba tak dapat dibuang keluar dengan cekap,haba akan terperangkap dalam outdoor unit dan seterusnya menyebabkan compressor kepanasan..Bila compressor terlalu panas sistem akan cut off compressor dari terus bekerja.Resulting aircond rasa angin jek ler..berhuhu haha lah kita kat dalam bilik..
Ok lain kali saya kongsikan sebab sebab yang lain pulak kenapa aircond tak sejuk ye..
Jika aircond anda ada masalah jangan segan silu hubungi kami untuk pemeriksaan dan solusi yang terbaik dari kami.
β 01158585071 - latife (call n whatsapp)
β 01158585072 - farah (whatsapp only)
β 0162023001 - ika (whatsapp only)
klik link dibawah ye..admin akan hubungi anda segera
β 01158585072 - farah (whatsapp only)
β 0162023001 - ika (whatsapp only)
klik link dibawah ye..admin akan hubungi anda segera
Comments
Post a Comment